Sunday, September 15, 2013

DAGING MASAK MERAH JOHOR...

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Pertama kali merasa masakan ini semasa sepupu suami membuka cawangan Merry Brownnya (sekarang sudah diambil alih pengusaha lain sebab sepupu suami sibuk dengan perniagaan makanan yang lain) di Plaza Angsana tetapi waktu itu tak terlintas hendak menanya resepinya. Kali ke dua pula semasa beraya di rumah sepupu suami yang lain bulan Ogos lepas. Saya suka rasanya yang sedap dan berbeza dengan masak merah arwah emak. Masak merah arwah mak lebih simple tetapi tetap memenuhi citarasa saya.

Untuk masakan merah ini saya kongsikan resepinya di bawah. Bukan hanya untuk pengunjung yang sudi datang ke sini tetapi juga untuk kenangan dan rujukan saya jika hendak memasak semula. Biasanya jika saya jarang-jarang masak sesuatu menu itu, saya akan lupa resepinya juga.

Bahan-bahannya:

500 gm daging lembu
15 tangkai cili kering }
3 biji bawang sedehana besar }
2 ulas bawang putih }
1 inci halia }
1 sk jintan halus }
1 sk jintan kasar } dikisar
2 pokok daun sup }
2 pokok daun bawang } dikerat tiga
1 batang lobak dipotong
3 biji tomato dipotong
1 tin kecil tomato puri
5 sb sos tomato 
1/2 tin susu cair - saya tak letak
garam dan gula secukup rasa
Cara-caranya:

1. Potong daging bentuk kiub kecil, cuci, dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
3. Masukkan daging, tutup kuali. Kecilkan api. Biar air daging keluar dan sedikit kering.
4. Jika daging masih belum empuk tambahkan air biasa dan biarkan hingga 3/4 empuk.
5. Masukkan tomato puri, sos tomato, buah tomato, lobak, daun sup dan daun bawang.
6. Masak hingga kuah pekat dan daging empuk. Kalau suka boleh tambah susu cair.
7. Rasakan masin dan manisnya.

Masakan ini sesuai dimakan dengan roti, nasi, ketupat dan juga lemang. Selamat mencuba.

3 comments:

  1. resepi lebih kurang sama dgn arwah ma punya, cuma dia perap dgg tu dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya ke Liza. Akk pn baru tau resepi ni. Klu masak merah arwah mak akk senang je. kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, serai, lengkuas n halia. Tumis. Klu ayam, goreng dulu. Masuk santan, lps tu klu suka blh tmbh sos tomato. klu tak letak pn ok.:)

      Delete
  2. Masakkan kegemaran saya ni. Kalau pedas lagi sedap.. Terima kasih sebab berkongsi resepi. :)

    ReplyDelete