Monday, December 17, 2012

TIRAMISU



Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Tiramisu ini merupakan kali ke dua saya membuatnya. Kali pertama salah pilih krim putar tetapi tetap menjadi sebab saya tambah dengan krim putar yang lain dan sedikit gula. Rasanya masih sedap dengan teksturnya seakan-akan aiskrim cuma kurang mantap apabila dipotong.
Untuk tiramisu ini pula saya secara tidak langsung diajar oleh seorang suri seorang polis semasa sama-sama membeli bahan mentah di kedai bakery. Pesannya jangan gunakan bancuhan nescafe sebab anak-anak kemungkinan besar tidak suka rasanya. Gantikan dengan susu segar sahaja. Dan inilah hasilnya. Saya pun suka, rasanya lebih enak dari kek keju.




Bahan-bahan:

1/2 bungkus biskut tiramisu
1/2 kotak susu rendah lemak
serbuk koko secukupnya
250 gm krim keju
200 ml krim putar
1/2 cawan gula

Cara-caranya:

1. Putar gula dan krim keju hingga kembang. Masukkan krim putar dan pukul lagi. Ketepikan.
2. Celup biskut tiramisu seketika di dalam susu segar dan susun selapis dalam bekas yang disediakan.
3. Ratakan atas lapisan biskut itu dengan campuran krim keju dan ayakan serbuk koko di atasnya.
4. Buat seperti langkah 2 lagi dan diikuti langkah 3.
5. Masukkan di dalam peti sejuk semalaman ataupun sehingga cukup sejuk dan nikmatilah keenakkannya.



 

6 comments:

  1. Salam Anis,
    wah nampak menarik dah mudah sekali ya.. hasilnya pun nampak sedapp

    mesti cuba nih :)

    ReplyDelete
  2. wah nampak.sedap..sy lom mencuba lagi wat tiramisu..masih dlm list utk dibuat..hehehe

    ReplyDelete
  3. WOOO...!!!sedapnyeee...!!salam kenal n follow sini juga..MEMBER yg ke 329...

    ReplyDelete
  4. nice day :)
    hargailah hari kemaren,
    mimpikanlah hari esok,
    tetapi hiduplah untuk hari ini.
    bagi-bagi motivasinya yaah...

    http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete
  5. Mcm mnarik je..hmm..bleh cube ni..:-)

    ReplyDelete
  6. nmpk mcm menarik nk cuma.tp kat mana leh dapatkn krim putar?tlg bg tahu.

    ReplyDelete