Thursday, December 13, 2012

SIMPLE LINGUINIE CARBONARA




Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Untuk pengetahuan semua yang sudi datang ke dapur alam maya saya ini, pasta ini sudah lama saya buat cuma baru hari ini saya dapat kongsikan resepi mudahnya di sini. Memasaknya cukup senang dan amat sesuai bagi memenuhi selera penggemar pasta dan makanan barat.

Bahan-bahannya:

1 paket pasta linguine - rebus ikut arahan pada paket
2 tin kecil sos carbonara prego
1 tin cendawan butang - hiris ikut suka
6 batang sosej saiz besar - potong ikut suka
2 biji bawang besar holand - potong dadu kecil
2 sb lada hitam - kisar kasar
1 cawan susu segar
garam secukup rasa
minyak jagung untuk menumis

Cara-caranya:

1. Rebus pasta ikut arahan pada paket dan ketepikan.
2. Panaskan minyak jagung, tumis bawang besar dan lada hitam hingga agak layu.
3. Masukkan sos prego. Kacau rata.
4. Tambahkan susu segar dan kacau lagi.
5. Bila mendidih, masukkan hirisan cendawan butang dan sosej tadi. Gaul sebati. 
6. Tambahkan garam secukup rasa.

Untuk menghidang, masukkan sedikit pasta linguine dalam pinggan dan curahkan sos carbonara di atasnya. Selamat mencuba.


2 comments:

  1. aduh, terliur.. sy peminat carbonara.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Yusa, mula2 akk nak buat sos bolognise tu tp anak dara no 2 request yg ni. hihihi... akk suka juga.:D

    ReplyDelete