Monday, February 13, 2012

TUMIS KERING LABU KUNING



Assalamualaikum dan selamat petang semua. Entri saya kali ini hanya hendak membersihkan sawang di blog suka-suka saya ini yang rasanya agak lama saya biarkan. Sejak menjadi 'supir' anak-anak sekolah dan Adham mula naik tahun satu saya benar-benar sibuk. Hehe... Almaklumlah tuan punya blog ini bila buat kerja agak lambat sedikit.
Sebenarnya labu kuning ini saya hendak masak lemak bersama pucuk manis tetapi pucuk manis terlupa hendak beli jadi saya cuba-cuba masak tumis kering. Alhamdulillah, sedap juga sekali-sekala tukar menu ini. Lagi pun masak apa sekali pun labu ini saya seorang saja yang memakannya. Huhu...

Bahan-bahannya:

1 mangkuk labu kuning - potong dadu
1/2 genggam ikan bilis
3 biji bawang merah
seulas bawang putih
3 biji lada merah - dihiris
sedikit belacan
garam, gula dan perasa secukupnya
sedikit air
sedikit minyak masak

Cara-caranya:

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan ikan bilis agak lumat ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama belacan. Masukkan cili merah yang telah dihiris tadi. Kacau hingga pecah minyak.
3. Tambahkan garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau lagi.
4. Masukkan labu kuning dan sedikit air. Kacau dan tutup kuali seketika.
5. Bila labu kuning empuk bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidangkan.

2 comments:

  1. Kak Anis, samalah menu kita hari ini. Sy makan labu masak lemak ngan kacang panjang tapi bkn masak sndiri, beli kat kantin. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yusa, org sini suka masak lemak labu dgn pucuk manis. sedap juga melayannya. hehe... klu kak anis bekerja pn kak anis beli juga.:))

      Delete