Tuesday, February 14, 2012

SOTONG BAKAR BERSAMBAL



Assalamualaikum dan selamat malam semua. Kali ini kita berkongsi resepi sotong bakar bersambal pula. Setelah menikmati keenakan hidangan ini di restoran makanan laut teringinlah pula hendak mencubanya di rumah. Hehehe... Memang sedap menikmati masakan ini bersama nasi panas. Pedas, masam, manis, lemak dan masin semua ada. Jom kita cuba...

Bahan-bahannya:

15 tangkai cili kering - celur dan kisar
3 biji lada merah - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang merah - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
3 batang serai - dikisar
sedikit lengkuas - dikisar
sedikit halia - dikisar
sedikit belacan - dikisar
sedikit air asam jawa
garam, gula dan perasa secukupnya
500 gram sotong saiz sederhana besar - potong bulat
aluminium foil
limau kasturi

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau. Tambahkan sedikit air asam jawa sekadar buat rasa-rasa saja.
2. Masukkan garam, gula dan perasa secukupnya. Masak sambal hingga benar-benar mesra. Sedikit lama dengan api perlahan. Keraplah dikacau agar tidak hangus. Sejukkan.
3. Sediakan aluminium foil dan letakkan sotong dan masukkan sambal yang telah siap dimasak tadi. Bungkus rapi.
4. Panaskan pembakar dan bakar selama lebih kurang 15 ke 20 minit.
5. Hidangkan bersama perahan jus limau kasturi.
6. Jika sambal ini lebih bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk. Sambal ini bukan saja boleh digunakan untuk membakar sotong, malahan udang dan ikan juga.

10 comments:

  1. Salam Anis..apa kabar?dah lama tingin nk masak sotong camni tppppp asyik jumpa sotong kecik jer.Klu pakai sotong bsr lg best kot ya...sabar!sabar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Anis, yg ni kalau takde lauk lain pun takpe kan..

      Delete
    2. Yusa, mmg betul tu. Cukup le dgn lauk sejenis ni je. Hehehe...

      Delete
    3. waalaikumussalam atie. sebenarnya sy pn dah lama tak update blog. tak sempat atie. ni buat post pn tak dpt nak jln2 blog kwn2. mmg ya, kat cni alhamdulillah senang nak dpt sotong besar.:))

      Delete
  2. wah! sedapnya..nak buat jugak laa jumaat ni...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... naemah, cubalah. klu cukup rasanya mmg umphhh...

      Delete
  3. As salam kak anis,
    Jarang2 tgk dapur maya akak berasap skrg ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam en daun.
      sejak jd 'supir' anak2 sekolah ni mmg akk agak sibuk. nak buat post n jengah kawan2 maya pn tak sempat. anak2 bersekolah di 3 tempat berbeza. waktu pergi n balik berbeza. ms ptg abis kat tgh jln je. mlm dah pengsan. pagi dgn sediakan sarapan, bekal anak2, kemas, basuh baju mcm2 le keja org pmpuan ni en daun.:))

      Delete
  4. Salam.. Mcm menarik je resipi ni.. Nak trylaj.. Tapi sotong kalau x berapa nak besar ok kam

    ReplyDelete
  5. Sedap sungguh nampak sotong yang anis masak ni. Kak ni tak ada bakat sgt nak masak sedap2 sampai org yg makan tu tangkap lentok la dgn masakan kak, tapi nant nak jugak ikut resepi anis ni.. Harap2 sedap bangatla masakansambal sotong kak ni, hehe

    ReplyDelete