Thursday, February 16, 2012

DAGING MASAK HITAM ALA SARAWAK



Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Curi-curi masa menulis entri kali ini. Serba ringkas dan cepat. Sejak tinggal di Sarawak ini saya selalu dihidangkan dengan masakan daging cara ini tatkala menghadiri majlis makan-makan. Lebih kurang masakan kicap daging kalau kita di semenanjung cuma dalam masakan ini ditambah kerisik, kismis hitam, gula apong dan lainnya. Rasanya unik sedikit bila ditambah bahan-bahan ini.
Resepi saya ambil dari blog masakan kepunyaan Mynoraza iaitu 'Ariff Bonda'. Terima kasih diucapkan. Sesetengah bahan mentah dan sukatannya ada yang saya tukar ikut kesesuaian dan tidak mengikut sepenuhnya resepi ini.
Resepi akan saya letakkan bila ada masa nanti sebab saya kena berhenti untuk melunaskan kerja-kerja rumah. Jumpa lagi nanti, insyaAllah...

Bahan-bahan perap:

500 gram daging - hiris
2 sudu besar kicap pekat karamel
3 sudu besar gula apong (boleh kurangkan)

Bahan-bahan kisar:

3 batang serai
sedikit lengkuas
1 biji bawang besar
7 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
15 tangkai lada kering
1/3 cawan prune@kismis hitam

Bahan-bahan tumis:

Rempah tumis 4 sekawan - banyak ikut suka
5 biji bawang merah - dimayang
>< 1-2 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar kerisik
minyak masak secukupnya

sedikit air asam jawa
garam secukup rasa

Cara-caranya:

1. Gaul daging bersama kicap pekat dan gula apong secara merata hingga sebati. Perap seketika.
2. Panaskan minyak dan tumis rempah tumis 4 sekawan dan bawang yang dimayang. Bila bawang sudah agak garing (jangan sampai hangus) masukkan bahan-bahan yang dikisar. Kacau sebati.
3. Masukkan rempah kurma dan kacau lagi. Biarkan hingga pecah minyak dan naik bau.
4. Masukkan sedikit air asam dan kacau lagi.
5. Masukkan daging yang diperap tadi dan kacau sebati. Kalau daging sukar empuk tambahkan sedikit air, tutup kuali dan reneh dengan api kecil. Kacau sekali sekala supaya tidak hangus.
6. Masukkan kismis hitam@ prune yang telah dikisar ke dalamnya. Kacau lagi biar mesra.
7. Masukkan kerisik dan gaul sebati. Rasakan masinnya. Masak hingga kuah pekat dan daging benar-benar empuk.

Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas, ketupat nasi, lemang, ketupat daun palas dan juga boleh juga dimakan bersama roti.




8 comments:

  1. salam Anie...apa kabar?nampak sedap daging masak hita sarawak tu.Klu mkn ngan nasi panas..mesti nambah2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam atie. sihat, alhamdulillah. mkn dgn ketupat nasi, ketupat daun palas n lemang pn sedap atie. juadah ni org sarawak biasanya masak utk hari raya, majlis buka pose n makan2.

      Delete
  2. Assalam Anie, apa khabar? Amboiii lamanya akak x nampak bayang dia...hehe. Ni dah aktif blk...bagusss.. Daging masak hitam camni mmg fav akak...mmg besttt! Nnt ada masa leh try resepi Anie lak... ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam kak ummi. alhamdulillah sihat. t.kasih. sibuk sikit la kak bila anak2 naik sekolah ni. terkejar sana terkejar sini. hehehe...insyaAllah sy bg resepi nanti.:)

      Delete
  3. Salam Anis..
    nampak sedap tu! akak pun baru je masak daging masak hitam.. tp resepi dari majalah & pastinya bahan2nya berbeza dgn resepi yg anis masak cara sarawak ni.. jangan lupa masukkan resepi nnt... kebetulan gula apong pun masih ada lagi kat rumah akak tu.. hehe.. nnt bolehlah cuba resepi ni nnt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam madiha.
      daging masak hitam ni mmg byk versi. ada yg bubuh lada hitam, yg sy punya tak letak sbb suami tak brp suka bau n rasanya. insyaAllah nanti sy bg resepinya ya. t.kasih.:))

      Delete
  4. nampak menyelarakan sekali.. xsabar nk tgk resepi hi3x

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah nnti sy tuliskan resepinya.:))

      Delete