Thursday, October 27, 2011

SAMBAL TUMIS BILIS TAHI MINYAK


Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Sambal tumis ikan bilis bercampur tahi minyak ini pertama kali saya rasa masa tinggal di asrama. Teman sebilik, sekampung dibekalkan oleh arwah emaknya setiap kali pulang dari bercuti sekolah. Sambal tumis nostalgia ini akan dimasukkan ke dalam bekas botol nescafe sederhana besar dan tahan hampir seminggu lamanya. Rasanya memang sedap hingga saya menyimpan keinginan hendak membuatnya.



Cara penyediaan sambal tumis ikan bilis ini sama seperti sambal tumis biasa cuma yang membezakan adalah tambahan tahi minyak untuk menyedapkan rasa dan menambah aroma dalam sambal ini. Susah saya hendak gambarkan wanginya sambal ini. Hehe... Sambal ini juga mampu bertahan hampir seminggu tanpa dimasukkan dalam peti sejuk.



Inilah rupa tahi minyak yang telah saya tapis dari minyak kelapanya. Cara menyediakan tahi minyak ini adalah dengan memasak lebih kurang 2 hingga 3 cawan santan pekat hingga mengeluarkan minyaknya. Tahi minyak ini akan mendak di bawah periuk. Perlulah dimasak dan dikacau agar tidak hangus. Gunakan api sederhana. Kemudian setelah warna tahi minyak seperti di atas hendaklah diasingkan minyak kelapa dan mendapannya dengan cara menapis.
Masukkanlah tahi minyak tadi ke dalam sambal tumis ikan bilis sebelum ditutup api, kacau mesra. Tahi minyak ini hendaklah disediakan lebih awal sebab memakan masa yang agak lama hendak membuatnya.:))

5 comments:

  1. Salam Anis...
    Wah sambal bilis versi campo tahi minyak ni festaim akak dengar.. boleh cuba nih, mesti sedap dan lain rasa dari sambal bilis biasa. Tapi nak buat tahi minyak tu yang maleh sikit tu anis..

    ReplyDelete
  2. As salam kak anis,
    Saya suka cara akak sediakan menu masakan krn ianya unik dan tersendiri. Rasanya sgt jarang masakan jenis ni dimasak. Tahi minyak pn sesuatu yg 'rare' dh skrg. Dulu2 masa kecik, saya selalu tgk dn mkn tahi minyak sbb mak buat minyak masak guna kelapa yang dikenali sbg 'nyior minyak'. Kelapa ni bersaiz besar. Lbh bsr berbanding bolasepak! Tgk menu guna tahi minyak ni teringat la pulak kat kuih koleh tahi minyak..

    p/s ; Saya dh update masakan guna siput rodong tu.

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam kak fzi.
    sy pn bkn perah santan kelapa sendiri tp beli yg dah siap dlm plastik. hehehe... klu nak parut n perah mmg lambatlah ditambah dgn menunggu santan masak jd minyak n tahi minyak. insyaAllah mmg sedap kak fzi. wangi baunya.:)

    waalaikumussalam en daun.
    arwah mak akk pn akk buat tahi minyak utk ditabur atas kuih koleh tp skrg ni org2 dah tak guna tahi minyak tp guna kacang tanah yg ditumbuk. agaknya leceh nak buat tahi minyak tp rasa kuih koleh tu dah tak asli la.:) rajin mak en daun buat minyak kelapa sendiri ya. skrg ada lg ke saiz buah kelapa lbh besar dr bola sepak tu? akk mmg tak penah nmpk. hehehe. keliling umah kat kg dulu2 mmg arwah mak n ayah akk ada tnm pokok kelapa utk kegunaan sendiri. kdg2 bila musim raya, jiran2 ada yg minta daun kelapa muda yg kami panggil 'janur' utk buat kelongsong ketupat. skrg ni dah takde pokok kelapa kat kg, dah kena tebang sbb tinggi melangit, bimbang ms angin kuat. sekali tu ms ayah akk tebang pokok kelapa adalah umbutnya.:)
    t.kasih n3 ttg siput rodong tu ya.:)

    ReplyDelete
  4. Pkk kelapa yg besar tu masih ada lg kat kg. Pkknya dh melangit tinggi tp jauh dr rumah. Mmg kelapa jenis tu khas utk buat minyak masak dulu2.

    ReplyDelete