Tuesday, September 27, 2011

DAGING MASAK HITAM - RESEPI II



Assalamualaikum dan selamat malam semua. Daging masak hitam versi ke 2 saya. Kali ini saya tambahkan dengan rempah tumis yang dikisar bersama kismis hitam yang ditumbuk lumat. Saya tambahkan juga dengan sedikit air asam jawa jadi rasanya lengkap dengan pedas, masam, manis, masin dan aroma rempah tumis yang dikisar.
Jom kita kongsi bersama resepi daging masak hitam versi ke 2, stail saya...

Bahan-bahannya:

600 gram daging dihiris ikut suka
15 tangkai cili kering
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit halia
kulit kayu manis
buah pelaga
bunga cengkih
bunga lawang
air asam jawa secukupnya
kicap pekat
gula apong/manisan
segenggam kismis - rendam, tumbuk lumat
kicap masin secukup rasa

Cara-caranya:

1. Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang dicuci, ditoskan dan digoreng tanpa minyak. Tumbuk agak lumat.
2. Kisar bahan-bahan tumbuk ini bersama cili kering, bawang merah, bawang putih, halia bersama-sama air asam jawa hingga hancur.
3. Gaulkan hirisan daging bersama gula apong dan kicap pekat. Perap seketika.
4. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau. Masukkan daging yang telah diperap tadi dan kacau sebati.
5. Tambahkan sedikit air air dan kicap masin secukupnya. Masak hingga daging empuk dan kuah memekat.
6. Masukkan kismis yang ditumbuk tadi dan gaul sebati. Biarkan seketika di atas api dengan dikacau sekali sekala.
7. Sedia dimakan bersama nasi impit, ketupat, nasi putih atau nasi minyak.


2 comments:

  1. Salam Anis.apa kabar?lama xsinggah kat sini.nampak sedap daging msk hitam yg anis masak ni.Pernah mkn kat umah kenduri..mmg sedap sgt!.mintak izin copy resepi ya.TQ

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam atie.
    sihat, alhamdulillah. byk jenis juga daging masak hitam ni atie. silakanlah...

    ReplyDelete