Wednesday, August 24, 2011

ROTI JALA SUSU


r
Assalamualaikum dan selamat petang semua. Roti jala ini saya beri nama roti jala susu kerana saya banyak menggunakan susu semasa membancuh tepungnya. Saja hendak menghabiskan susu segar di dalam peti sejuk. Dari dibiarkan menjadi basi dan masam sebaiknya saya gunakan sahaja. Hehe... Lagi pun rasa roti jala ini menjadi lemak berkrim, gurau saja. Hehe... Jom kita lihat resepinya:

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan
3 cawan susu segar
air - sekiranya adunan masih pekat
secubit garam
1 sb minyak jagung
1 biji telur
pewarna kuning
sedikit minyak masak
simpulan daun pandan

Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk besar kecuali air, minyak masak dan daun pandan, gaul sebati. Sekiranya adunan tepung masih pekat tambahkan air sedikit demi sedikit hingga adunan cair seperti yang dikehendaki.
2. Masukkan adunan ke dalam jug pengisar. Kisar adunan hingga halus.
3. Panaskan kuali, oles sedikit minyak masak menggunakan daun pandan dan jalalah adunan tepung tadi.
4. Bila permukaan roti jala sudah agak garing, angkat dan gulung atau lipat ikut kreativiti masing-masing.
5. Buat hingga adunan tepung habis dan bolehlah dihidangkan bersama kuah dal dan kari. Saya makan bersama kari kambing tanpa santan.


3 comments:

  1. As salam kak anis,
    Blh juga ye buh susu dlm roti jala ni. Msti sedap rasanya lemak berkrim kot. Yg ni cicah kari kambing (n3 lps ni kan).

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam en daun.
    hahaha... saje akk buat lawak tu. ttp mmg rasa dia lain sikit. abg yg tak suka roti jala pn blh mkn 3 gulung. hehe... betullah tu.:)

    ReplyDelete
  3. sedapnya. pos kat saya yea..hihihi. Ada masa ziarah blog saya yea.

    ReplyDelete