Wednesday, August 3, 2011

KRISPY MEE KUAH



Assalamualaikum semua. Masakan mee yang saya belajar di kelas masakan baru-baru ini. Mari kita kongsikan resepinya.

Bahan A

1 kg mee kolok
1/2 kg minyak masak

Bahan B

1 botol kecil sos tomato
1 botol kecil sos cili
1/2 cawan sos tiram
2 batang serai dititik
2 inci halia tumbuk kasar
4 ulas bawang putih dikisar
4 biji bawang merah dikisar
2 liter air

Bahan C

20 ekor sotong saiz sederhana - dibersih dan dipotong
20 ekor udang dikupas kulit
1 mangkuk kecil isi ayam - dipotong kecil
8 biji cili padi dihiris bulat
1 biji bawang besar dipotong 6
1 ikat sawi
1 batang lobak - dipotong
1 tin cendawan butang - dihiris

garam, gula secukupnya
bancuhan tepung kanji@jagung

Cara-caranya:

1. Mee kolok dibentukkan sanggol (seperti menyanggol spageti untuk laksa johor). Buat hingga habis.
2. Panaskan minyak dan gorenglah mee tadi satu persatu hingga habis dan ketepikan.
3. Bahan-bahan B dimasak hingga mendidih, kemudian masukkan bahan-bahan C pula. Masak lagi hingga mendidih dan tambahkan dengan bancuhan tepung kanji supaya kuah menjadi pekat.
4. Masukkan mee kolok yang telah digoreng tadi dan curahkan kuah panas di atasnya. Sedia untuk dimakan.

3 comments:

  1. salam.. mee kolok ni ni yee mee?mee sangul>

    ReplyDelete
  2. salam Anis.apa kabar?selamat menjalani ibadah puasa di dlm bulan Ramadhan.nampak sedap mee kuah tuh.

    ReplyDelete
  3. walaikumussalam norlie.
    mee kolok ni bentuknya mcm yee mee tp mee ni lembab n warnanya mcm adunan tepung.

    waalaikumussalam atie.
    alhamdulillah, sihat. t.kasih. selamat berpuasa n beribadat yg lainnya buat atie gak.

    ReplyDelete