Wednesday, June 29, 2011

BUNGA POKOK INAI



Assalamualaikum. Pernah lihat pokok dan daun inai? Memang sudah biasa bukan. Bunga inai? Saya pun baru pertama kali melihatnya. Macam jakun sahaja. Sebab itulah saya ambil gambar bunga inai ini untuk kita lihat bersama-sama. Kecil-kecil sahaja bentuknya. Kebetulan rumah yang baru saya huni ini di kawasan lot penjuru yang mempunyai tanah yang luas. Penghuni yang sebelumnya memang rajin bercucuk tanam dan saya hanya menumpang hasilnya.

Ada pokok jambu air, pokok pisang, pokok kari dan lainnya di samping pokok-pokok bunga. Bunga melati yang tidak berapa banyak kuntumnya, menghadiahkan saya haruman yang sungguh wangi semasa melaluinya ketika menghantar anak ke sekolah. Subhanallah, nikmat Allah datang dengan pelbagai cara. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

5 comments:

  1. salam Anis..kat kg atie ayah ada tanam pokok inai..mmg selalu nampak la.Skrg nie jarang kawen pakai inai tumbuk kan...depa beli yg jual kt pasaran jer.mudah..

    ReplyDelete
  2. Tq add link ucu..link anis ucu dah letak D Dapur Sayang ucubakery...datang jenguk ye

    ReplyDelete
  3. jarang berpeluang tgok bunga pokok inai ni..cantik!

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam atie.
    hehe... sy ni le kali pertama tgk atie. yalah, zaman kita dulu tumbuk daun inai dlm lesung batu sampai lumat. la ni tinggal bubuh n lukis atas tangan je.:))

    sama2 ucu. akk dah dtg jenguk. moga silaturrahim kita terus erat.:))

    cekwa.
    cantikkan.:))

    ReplyDelete
  5. Phentermine.....

    A nice post thanks for sharing.....

    http://www.PhentermineHome.com/

    ReplyDelete