Monday, April 18, 2011

RENDANG DAGING SIAT MAK NAB



Assalamualaikum dan selamat petang semua. Rendang daging siat ini saya masak minggu lepas bersama ketupat. Petang ini baru sempat saya buat entrinya di sini. Semasa arwah emak masih ada dan sihat, rendang daging siat ini merupakan menu utama setiap kali aidil fitri dan aidil adha. Sekarang kakak saya Inna Ina yang rajin memasaknya setiapkan kali hari raya. Teringat petang sebelum 1 Syawal atau 10 Zulhijjah saya dan adik-beradik yang lain akan tekun menyiat daging yang telah direbus agak empuk terlebih dahulu oleh arwah emak. Jom kita lihat resepinya:

Bahan-bahan:

500 gram daging - direbus dan disiat kasar
11/2 senduk cili kering kisar
7 biji bawang merah kisar
2 biji bawang putih kisar
5 batang serai kisar
sedikit lengkuas kisar
2 sudu kecil ketumbar kisar
1 sudu kecil jintan kasar kisar
1 sudu kecil jintan halus kisar
1 cawan pati santan
sedikit gula melaka
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa
2 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit dimayang halus-ikut suka

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan gula merah, garam secukupnya dan air asam jawa. Kacau sebati.
3. Masukkan daging yang telah disiat tadi dan gaulkan dengan bahan-bahan tumis hingga mesra.
4. Masukkan santan pekat dan kacau lagi.
5. Tambahkan dengan kerisik (kelapa parut yang dijemur atas terik matahari hingga garing, ditumbuk lumat hingga mengeluarkan minyak menghasilkan kerisik yang wangi dan cerah warnanya) dan kacau sebati.
6. Masukkan daun kunyit ( boleh juga sekadar disiat-siat kasar dan diikat ) dan kacau lagi.
7. Masak hingga agak garing dengan dikacau sekejap-sekejap agar tidak hangus.


5 comments:

  1. As salam kak anis,
    Bestnya rendang yg akk msk ni. Tgk dr foto pn dh blh agk kesedapannya. Mak Nab tu sape ye??

    ReplyDelete
  2. sy nih pembaca setia blog kak anis..suke tgk resipi2 kat sini...resipi2 yg mmg semua menyelerakan...rajin btol kak anis emasak..sy nih ntah bile nak try masakan2 mc nih..bz dgn keje ~ ilia

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam en daun.
    rendang ni mmg sedap en daun. hehe... utk simpan lbh lama blh masak sampai garing. cuma pasti kuantiti garam jgn terlebih sbb rendang yg kering hanya perlukan sedikit garam berbanding yg basah.
    Mak Nab tu arwah mak akak, mmg ms kat kg hanya arwah mak yg masak rendang cara ni.:))

    syana &ilia.
    alhamdulillah n t.kasih jd pembaca setia blog akak. terharu rasanya.:) bukannya rajin tetapi sbg sorg surirumah antara tugas akak ialah memasak. resepi biasa2 saja dik. insyaAllah rajin memasak itu akan datang dgn sendiri nanti.:))

    ReplyDelete
  4. Salam Anis, waaaaaaaaahh nampak sungguh sedap rendang daging camni...selalu kalau nak wat serunding jek kita siat2 kan...nnt leh la akak try kalau raaaaaaaajiiinn...huhuu

    ReplyDelete
  5. waalaikumusslam kak ummi.
    betullah selalu klu nak buat serunding daging je kita siat2 daging tu tp saiznya lebih halus. untuk rendang daging siat ini siatannya tak perlu sehalus buat serunding tp jenuh juga la nak menyiat. hehe...

    ReplyDelete