Tuesday, August 3, 2010

ROTI BENGGALI @ BAI VERSI BUN


Assalamualaikum dan selamat petang semua. Semalam saya menguli tepung lagi untuk membuat roti. Maklumlah masa buat minggu lepas Syuhadah tidak merasa kerana berada di Langkawi. Kali ini saya ubah sedikit resepi yang lalu dan jadikan bun pula.



Lihatlah hasilnya, alhamdulillah memang seronok saya tengok. Gebu dan putih. Hamimah sahaja yang mengeluh sebab saya taburkan dengan bijan di atas bunnya. Suami saya yang tidak rajin merasa roti buatan saya pun teruja mencicah bun ini dengan air kopi o panas. Sedap pujinya dan boleh dijual. Jangan lupa resepi yang awak gunakan, pesannya lagi. Bukan senang En Hairul kita hendak memuji, biasanya kutuk yang lebih. Hehe...



Syuhadah kata besar dan bulatnya roti emak buat kali ini. Hehe... Hilang rindu dengan Syuhadah. Hari itu sewaktu menjemput dia pulang dari rombongan di sekolah, saya cium pipinya yang berisi itu, hehe... Rindu sungguh. Jom kita kongsi resepi lagi...

Bahan-bahannya:

400 gram tepung roti
1 biji kuning telur - gred A
13/4 sudu besar minyak jagung
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
secubit garam
1/2 sudu kecil bread improver
1 sudu besar gula *
1 sudu besar yis kering *
1/2 cawan air suam*
air suam secukupnya untuk menguli
1 biji putih telur + sedikit air - untuk glaze
sedikit bijan
sedikit margerin

Cara-caranya:

1. Larutkan bahan-bahan bertanda * dan rehatkan sehingga yis kembang.
2. Sementara itu dalam mangkuk besar masukkan gula, susu tepung, minyak jagung, kuning telur, tepung roti , bread improver dan secubit garam halus. Gaul sebati.
3. Bila yis telah kembang, masukkan ke dalam campuran tepung tadi dan gaul sebati.
4. Masukkan air suam sedikit demi sedikit dan mulalah menguli tepung hingga menjadi doh yang licin.
5. Rehatkan doh ini hingga naik sekali ganda dan tumbuk-tumbuk doh tersebut. Uli dengan lembut sekali lagi dan bahagikan kepada 8 bahagian.
6. Bulat-bulatkan setiap bahagian dan susun di dalam loyang yang telah digriskan dengan margerin terlebih dahulu.
7. Rehatkan sebentar biar doh tadi naik 3/4 loyang. Sapu putih telur secara merata dan tabur bijan di atasnya.
8. Bakar dengan suhu 190C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga masak.
10. Setelah masak sapukan sedikit margerin di atas bun tersebut.

4 comments:

  1. Salam kak anis..
    wah best la roti benggali ni ..bole cube bile2..
    dah lama tak mkn roti benggali..cecah milo n mkn ngan pape sedap ni..dulu masa kt smnnjung selalu beli je :)..

    ReplyDelete
  2. Salam kak anis,
    Akak blh buka kedai roti la lps ni..he3..
    QC pn kata sdp dn pasti dia nk lg mkn roti yg akk buat tu.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Wah..boleh tersenyum lebar kak anis, bukan setakat dapat award, dpt pujian dari hubby tersayang.

    minta sikit kak Anis, sweetie nak bancuh teh ni.pekena roti yang gebu tuh.Lapar lak petang2 kat opis ni...

    ReplyDelete
  4. salam mummyseri.
    cubalah mummy, insyaAllah sedap.:))

    salam en daun.
    kat klate ini dah byk kedai roti la, bumiputera lg. hehe... setakat mkn sendiri blhlah en daun. itulah jarang QC tu nak puji klu bab roti2 ni. :))

    salam sweetie.
    alhamdulillah, klu sweetie nak nnti akk buatkan. hehe...

    ReplyDelete