Monday, August 9, 2010

GULAI UDANG DENGAN NENAS


Assalamualaikum dan selamat malam. Sudah agak lama rasanya saya tidak menjenguk dan mengupdate blog. Hari ini saya dapat buat entri baru dengan serba ringkas. Mari kita kongsikan resepi gulai udang dengan nenas ini. Selamat mencuba pada yang sudi...



Bahan-bahannya:

500 gram udang sederhana besar - bersih dan rapikan rupanya. Hehe...
1 mangkuk kecil nenas dipotong
13 biji cili padi dikisar
5 biji bawang merah dikisar
1 ulas bawang putih dikisar
sedikit halia dikisar
sedikit kunyit hidup dikisar
sedikit belacan dikisar
air asam jawa (digunakan untuk mengisar) - boleh guna asam keping
5 batang serai dititik
1/2 cawan pati santan
air secukupnya
garam, gula

Cara-caranya:

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar yang telah dikisar bersama air asam jawa tadi bersama serai yang dititik hingga naik bau.
2. Tambahkan dengan air (ikut suka bergantung pada banyak kuah yang diingini) diikuti dengan pati santan tadi. Kacau selalu agar santan tidak bergentel.
3. Apabila kuah telah menggelegak, masukkan potongan nenas dan udang. Kacau sebati.
4. Rasakan masin dan manisnya. Biarkan di atas api seketika dan bolehlah dihidangkan.

3 comments:

  1. wah, sedap...udangnya pun besar-besar.

    ReplyDelete
  2. salam sweetie.
    camera trick tu. hehe... udang tu saiz sederhana besar je.:))

    ReplyDelete
  3. chik memang suka lauk udang ni tapi nak rapikan rupanya tu nak kena pakai sikat ke kak?

    ReplyDelete