Tuesday, June 1, 2010

PARI BAKAR CURAH SAMBAL



Assalamualaikum dan selamat malam semua. Lauk ikan pari bakar curah sambal ini pun edisi tertunda sebenarnya. Lebihan ikan pari yang saya masak lemak cili api hari itu saya bakar sahaja. Teringin pula hendak mencuba resepi baru ini. Ikan pari bakar curah sambal ini hendaklah dimakan panas-panas dan diperahkan limau kasturi sebelum memakannya bersama nasi panas. Resepinya saya reka sendiri selepas melihat saluran Asian Food Channel mengenai perniagaan ikan bakar di Singapura. Jom kita kongsi resepi...

Bahan-bahannya:

4 potong isi ikan pari sederhana besar digaram kunyit
7 tangkai cili kering dikisar
1 batang cili merah dikisar
3 biji cili api merah dikisar
3 biji bawang merah dikisar
1 biji bawang putih dikisar
1 batang serai dikisar
1/2 inci kunyit hidup dikisar
1/2 inci halia dikisar
1/2 inci lengkuas dikisar
garam dan gula secukup rasa
3 biji limau kasturi dibelah dua
5 helai daun limau purut dihiris nipis
aluminium foil
daun pisang

Cara-caranya:

1. Panaskan kuali serbaguna. Lapikkan dengan aluminium foil dan lapikkan lagi atasnya dengan daun pisang. Sapukan sedikit minyak.
2. Letakkan potongan ikan pari dan tutup kuali. Bakar sehingga 3/4 masak dengan dibalik-balikkan.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar bersama hirisan daun limau purut hingga pecah minyak dan naik bau.
4. Tambahkan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
5. Curahkan sambal tadi ke atas ikan pari yang dibakar dan dihidang bersama potongan limau kasturi.

4 comments:

  1. Salam Anis...maaflah..Akak tak sempat nak jenguk terlebih awal...& terima kasih atas ucapan ya...Wah...sedapnya menu ikan pari bakar tu...nanti boleh Akak cuba...sementara tu...mohon izin Akak c&p resepi untuk rujukan Akak ya!

    ReplyDelete
  2. Salam kak anis, ini la rsepi yg sy tcari2 selama ini. Ikan pari bakar bersambal dr Johor. Kali ini original dr org Johor. Mhn utk mengopikan rsepi original akk ni.Nk bg kat mahsuri sy.

    ReplyDelete
  3. salam kakwatie.
    takpe kak, sama2. blh kak klu nak cuba cuma pesan sy klu nak mkn kena time panas2 le, insyaAllah mmg sedap. klu nak pedas blh tmbh cili api lg.:))

    salam en daun.
    silakan apa salahnya. mudah2an memenuhi citarasa en daun n isteri. cuma pesan akk pari bakar ni kena mkn panas2 sbb bila dah sejuk rasanya ada kurang ckit. hehe...

    ReplyDelete
  4. sedapnya pari bakar kat atas tu...bukak puasa hari ni nak buat pari bakar lah :) tima kasih resepi.

    ReplyDelete