Wednesday, May 19, 2010

ROTI MANIS




Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Roti manis ni saya buat untuk minum petang semalam. Daripada duduk termenung rindukan suami lebih baik saya menguli tepung buat roti. Hehe... Guraulah, saya sudah biasa ditinggal outstation selama hidup bersama suami 16 tahun ini. Orang kata alah bisa tegal biasa. Syuhadah kata mak kenapa roti ini nampak lain aje. Hehe... Sebenarnya saya gunting atas permukaan roti itu sebelum dibakar. Hendak resepi tak? Mari kita kongsi...

500 gram tepung gandum
65 gram mentega
1/2 cawan gula halus
4 sudu besar susu tepung
11 gram yis
1 sudu kecil pelembut roti
1 sudu kecil bread improver
1 biji telur gred A
sedikit pewarna kuning
secubit garam
air secukupnya untuk menguli

Cara-caranya:

1. Dalam mangkuk besar satukan tepung, susu tepung, telur, pelembut roti, garam dan bread improver. Gaul dengan sebati.
2. Sambil itu bancuhkan 2 sudu besar gula dengan air suam, larutkan pewarna kuning bersama yis. Biarkan sebentar hingga yis tadi naik.
3. Bila yis telah naik masukkan ke dalam campuran tepung tadi. Uli dan masukkan air sedikit demi sedikit hingga bercampur adunan tadi.
4. Sempurnakan proses menguli dengan mencampurkan mentega sedikit demi sedikit hingga terbentuk doh yang cantik.
5. Tutup doh tadi dan biarkan naik sekali ganda.
6. Tumbuk-tumbuk doh tadi dan uli semula dengan lembut. Semalam saya agak bermalas-malas hendak membakar roti ini. Perut pun masih kenyang, jadi saya rehatkan doh ini sekali lagi.
7. Bentukkan doh tadi bulat-bulat dan susun dalam loyang yang telah digriskan.
8. Rehatkan lagi hingga naik sekali ganda, gunting permukaan atasnya dan bakar pada suhu 190C hingga masak.
9. Griskan roti yang masih panas tadi dengan margerin atau mentega seusai keluar dari ketuhar. Boleh taburkan gula halus jika suka.

11 comments:

  1. salam kak anis,
    apa khabar? rajin menguli roti, kak? hihi. ada lagi tak balen? nak cubit sketul... ;)

    ReplyDelete
  2. wah..tengok roti cam gatal tangan nak nguli gak

    ReplyDelete
  3. Salam anis...
    Rajin anis meroti.... cantik je jadi roti anis tu... :)
    ..akak yang malas bab menguli tu anis, selalu time buat donat/pau pun anak bujang yang tolong bahagian tuh... akak tinggal bentuk2kan je doh yang dah siap naik cantik...hehe

    ReplyDelete
  4. Kak aniss...nk roti tiga ketoi. Cicah ngn nescafe sdp tu.

    ReplyDelete
  5. wah,,pandai buat roti dan memasak..boleh bukak kedai roti dan restoran...perbanyakkan lagi kedai2 muslim yang pastinya halal.

    ReplyDelete
  6. salam cikgu,

    rehatkan roti tu slalunyer amik masa brp minit?

    ReplyDelete
  7. Salam K.Anis, sedapnya buat roti sendiri ni...cicah dngn kopi panas, waduh enak banget..gebulah roti akak..nak ngendeng mesti dah abeskan...

    ReplyDelete
  8. salam indah.
    sihat, alhamdulillah. t.kasih. angin rajin dtg itulah yg menguli roti. ada lg, ni akk bg 2 ketul. satu utk indah stu lg utk hubby. hubby tu org jawa ke indah?:))

    salam izzah.
    uli jgn tak uli tau. hehe...

    salam kakfzi.
    semlm mmg semangat nak nguli. sy bab2 nguli ni klu setakat 1/2 kg tepung blh lah kakfzi sbb tangan tak brp kuat. hehe...

    salam en daun.
    awat nak 3 ketoi aja, banyak pun blh. mai la cni. hehe...

    salam sariyusa.
    hehe... kelakarnya. konon2 nak bg cun roti tu, tp takat ok je rupa dia. hehe...

    salam salina.
    sy pn tak penah tgk brp lama, asal naik satu kali ganda dr adunan asal bolehlah.:))

    salam yatie.
    bocho ku orak ono dok ngomah. nek bocho ono males arek gawe, dea orak sukak. eh, betul ke akk tulis ni. haha... buka roti je gebu yatie, tuan yg buat lg la. haha... jek ono wakeh. mngan podo2 yok. :))

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum kak anis. bestnya roti tu... chik memang hantu roti. suka buat roti tapi jarang sangat makan sebab suka jamu famili yang seronok dapat makan roti home made. sedap tu kalau dimakan dengan teh panas.

    p/s: en hairul outstation lama ke kak? kalau rindu boleh tel kak, hehe

    ReplyDelete
  10. For earrings, you would need ear posts or wires or clip-on bases. pandora shop For bracelets, you need memory wire or stretchy cord or beading wire and clasps. pandora charm For necklaces, memory wire or beading wire, clasps and perhaps pendants. The main reason for the increasing favor shown titanium pandora silver charms is that titanium body jewelry items are about half the weight of equivalent stainless steel items. In addition, titanium can be anodized and this creates a pandora bracelets marvelous variety of colors when contrasted with the single option of stainless steel’pandora bangles s silver appearance. But the markup is much higher. Although the stainless steels used contain some nickel, they don't release nickel salts into the body and therefore are highly pandora necklaces unlikely to lead to nickel contact dermatitis. Most stainless steel body jewelry items are electro-polished. This is a reasonably sophisticated surface finishing technique pandora beads which leaves the finished surface very smooth and free of pandora earrings any crevices or fissures. The result is a significantly higher surface integrity pandora sets which is ideal for body jewelry. Alternatively, titanium has recently pandora bracelet become very popular as a material for body jewelry. In fact, it is challenging stainless steel as the favored metal. A bead board is a good idea too. Its ruled tracks help you measure and lay out designs for pandora bracelet charms bracelets and necklaces; as well as to corral the beads you are working with at a given time.

    ReplyDelete