Tuesday, April 6, 2010

UDANG BIJIRIN MENTEGA



Assalamualaikum dan selamat malam semua. Lauk makan tengahari membawa ke malam. Udang laut merah ini tidak secantik udang biru bila dimasak tetapi rasanya lebih kurang sama. Kalau segar lagi sedap agaknya. Macam biasalah udang bukanlah makanan kegemaran saya, saya tukang masak saja, makan bila takut terbuang saja. Mari kita kongsi resepi yang mudah ini...

Bahan-bahannya:

500 gram udang saiz sederhana besar
1 paket butter cereal brand delichef
3 tangkai daun kari dilurutkan
5 biji cili api dihiris
sedikit minyak masak
sedikit mentega

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak masak dan goreng udang hingga berubah warna. Angkat, toskan minyaknya dan ketepikan.
2. Panaskan mentega hingga cair. Tumiskan daun kari dan cili api hingga layu dan berbau wangi.
3. Masukkan udang yang telah digoreng tadi. Gaul sebati. Tutup api.
4. Masukkan bijirin mentega dan gaulkan bersama udang hingga mesra. Siap untuk dihidangkan.

4 comments:

  1. salam kak anis,
    bsar2nya udang..saya suka udang mentega camni! :)

    ReplyDelete
  2. salam indah. udang tu saiz sederhana je tp bila snap nmpk besar2 plk indah. hehe.. blh cuba ni, simple je.:))

    ReplyDelete
  3. wow ... stock udang ada ni...

    ReplyDelete
  4. salam fuzidss. simple n cepat sediakan udang bijirin mentega ni. cubalah...:))

    ReplyDelete