Sunday, April 11, 2010

KARIPAP PUSING


Piring kuih lama ini adalah pemberian arwah emak semasa saya hendak berpindah dari rumah mertua ke kuarter kerajaan di Bukit Saujana. Sewaktu itu saya tinggal di Tingkat 2, Bendahara B, apartment 4 bilik tidur dan 2 bilik air ini masih baru lagi. 2 buah kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak cantik membiru bersama pagar kayu coklat berdiri kukuh dapat saya lihat jika berdiri di beranda apartment. Begitu juga dengan taman permainan kanak-kanak. Namun semua itu sudah tinggal kenangan...

Karipap yang belum digoreng.


Assalamualaikum rakan-rakan semua. Lepas menyiapkan bahulu gulung dan menyuapkan anak lelaki makan saya pun mulalah menguli tepung untuk membuat karipap semula. Kali ini saya buat karipap pusing pula. Anak-anak dan suami tidak berapa gemar makan karipap pusing ini kerana tepungnya agak rapuh dikunyah tetapi oleh kerana saya bimbang ilmu membuat karipap pusing ini hilang dari ingatan, saya pun buatlah. Alhamdulillah masih boleh lagi. Gembira saya melihat hasilnya walaupun badan memang penat sangat sebab asyik di dapur dari tengahari membawa ke petang di samping membuat kerja-kerja lain.
Karipap pusing ini saya belajar dari rakan sekerja dan serumah ketika tinggal di Ladang Fraser, Kulai. Kami sama-sama mengajar di situ. Namanya Zaleha Othman yang saya panggil Zai. Sekarang beliau mengajar di Seremban. Sudah lama kami tidak berjumpa, kali terakhir 2 tahun lepas. Hanya sms dan telefon yang menjadi penghubung.
Oklah, jemput semua jamu mata dengan karipap pusing hasil air tangan saya. Saya hendak siapkan lipatan kain dan mengemas dapur pula sebelum masuk tidur.

12 comments:

  1. Salam K.Anis,kuih karipap ni pun kemas dan cantik pusarannya....berselera nak makan...nak 5 ketoi..ada lagi tak...
    Yatie tahu K.Anis mesti simpankan sikit utk yatie kan..kan...kan...hi3..(tak malu betul...)

    ReplyDelete
  2. salam kak anis..cantiknya karipap pusing nih.. tak pernah tengok cantik mcm ni waimma kat pasar malam ke.. kak nis buat la post cara2 buat karipap nih.. hehe..wat malu je ngendeng menu orang tau

    ReplyDelete
  3. Salam kak anis..
    datang ziarah ni :)
    suke tgk epokepok pusing akak ni..
    mmg cantek betol pusingannya..
    hehhe boleh ajarkan ke kak?..camana cara2 nyer yek?
    pusingan kite buat yg terdahulu tak secantek ini..

    ReplyDelete
  4. salam yatie. dah lama tak 'memusing' ni yatie. org2 kat umah ni lbh suka karipap biasa. walah, walah yatie. nek kuwe cedek akk wes kae panas2 meneh.

    ReplyDelete
  5. salam izah. jgn le puji2 sgt, malu akk. hehe.. insyaAllah lain kali klu akk buat karipap pusing ni akk akan tunjuk cara2 nak buat langkah demi langkah cuma akk tak blh janji bila ya izah. yg pasti insyaAllah akk tak lupa.:)

    ReplyDelete
  6. salam seri. boleh insyaAllah. lain kali klu akk buat lagi akk tunjukkan caranya ya. ini pun kawan akk ms keja dulu yg ajar, klu tak pn mmg akk tak tau buat juga. :))

    ReplyDelete
  7. Wow! Ni la karipap pusing yg tcantik, kemas dn comel prnh saya lihat.Tak dpt dinafikn lg kak anis mmg ada kepakaran dn kreatif. 5 bintang utk akk..5 biji karipap pusing utk saya.

    ReplyDelete
  8. salam kak anis... nak karipap jugakkk tak kan bagi kat yatie jer hehehe..
    kak tul kata izah tu...tunjuk cara nak wat ngan resepinya sekali hehe ni lagi tak malukan..
    tq kak

    ReplyDelete
  9. salam en daun. jgn le puji2 sgt. malu le. alhamdulillah, buat karipap pusing ni menjadi pula. Segala pujian itu hanya bg Allah... knp 5 biji aje, nak 10 bi9ji pn akk blh bg. hehe...

    ReplyDelete
  10. salam su. akk bg insyaAllah jgn risau. su punya pasal blh aje. hehe... itulah su, entah bilalah nak buat karipap pusing ni lg sbb anak2 n suami tak brp nak mkn. huhu... insyaAllah klu buat nnti akk tunjuk cara2 n bahan2nya sekali ya.:)

    ReplyDelete
  11. salam anis,

    karipap tu nampak sedap sungguh..selalu beli kat sini tapi tak ada pilihan...nak order dgn anis lah.

    ReplyDelete