Saturday, March 27, 2010

GULAI DARAT KAKFZI



Assalamualaikum dan selamat malam. Hidangan untuk tengahari ini saya ambil dari blog kakfzi iaitu fzimenu. Bila terlihat gambar juadah ini teringin pula hendak mencubanya. Lagi pun bahan-bahan mentah yang diperlukan ada dalam peti ais kecuali daun kesum yang saya gantikan dengan daun kunyit. Memang harum bau masakan ini, mungkin aroma dari kerisik, ketumbar, daun kunyit dan serai. Malangnya rupa gulai darat ini tidak sama dengan rupa gulai darat kakfzi. Huhu... Gulai darat kakfzi nampak lebih sedap. Hehe... Saya pun baru pertama kali memasak menu ini. Boleh dimaafkan kot. Terlupa saya, hari ini Kota Bharu jam teruk sebab ada Jom Heboh. Terpaku saya melihat begitu banyak kenderaan di jalanraya. Dari manalah datangnya manusia seramai ini dan kenderaan sebanyak ini. Oklah, jom kita lihat resepinya. Kakfzi saya minta izin letakkan di sini. Terima kasih....

Bahan-bahannya:

500 daging cincang
RM1 santan kelapa
1 batang serai dititik
sedikit hirisan lengkuas
7-8 lada sulah/hitam ditumbuk
4-5 tangaki cili kering ditumbuk
5 biji bawang merah ditumbuk
1 biji bawang putih ditumbuk
1 sudu besar ketumbar ditumbuk
kunyit hidup ditumbuk
halia ditumbuk
2 sudu besar kerisik
garam, manisan, asam keping
daun kesum

Cara-caranya:

1. Gaul bahan-bahan yang ditumbuk pada daging berserta lengkuas dan serai.
2. Masak sampai air kering.
3. Masukkan santan, asam keping dan rasakan dengan garam dan manisan.
4. Dekat nak angkat masukkan kerisik dan daun kesum.
5. Sedia dihidangkan.

5 comments:

  1. Salam anis...
    Woah... bergulai darat kita kali ni...hehe
    Sedap tuh...akak suka gulai darat...tak rasa muak sebab takde masuk rempah paket. Semua pakai bahan asli je... :)

    Orite le tu anis, dah jadi dah tu... pasni InsyaAllah boleh improve lagi..
    Thx anis... :)

    ReplyDelete
  2. seronoknye.. nak cube gak.. tapi kene tunggu balik umah.. barang2 masak xde kat hostel huhu.. windunye nak makan masakan mak yang macam ni..

    ReplyDelete
  3. salam kakfzi.
    mmg sedap kak tp yg pasti sedap lagi akk masak sbb tgk gmbr pn dah kecur air liur. hehe...
    t.kasih kak, insyaAllah.
    sama2 kasih.:))

    ReplyDelete
  4. salam manja. cubalah, sejuk perut ibu mengandung dpt anak rajin masak ni. rajin2 lah jengok blog fzimenu. best2 tau resepi kat situ.:))

    ReplyDelete