Sunday, March 28, 2010

BAHULU GULUNG



Assalamualaikum dan selamat malam semua. Tadi selesai menyediakan hidangan untuk tengahari saya pun terus cuba membuat kuih bahulu gulung ini. Inti nenasnya awal-awal telah saya sediakan. Inilah hasil pertama air tangan saya menghasilkan kuih yang sangat digemari oleh suami. Suami saya ini minatnya lebih kepada kuih-muih tradisional seperti rempeyek, tumpi dan bahulu. Kalau kuih-muih moden apatah lagi yang ada keju memang sampai kiamat pun belum tentu beliau hendak merasa. Makanan barat pun beliau tidak suka. Kek-kek atau biskut-biskut moden memang langsung tidak masuk dalam senarai. Beliau juga suka makan karipap inti sadin tetapi janganlah dipusing-pusing karipap itu. Hehe...
Jom kita tengok resepi bahulu yang saya ambil dari internet ini. Maaf saya lupa dari sumber mana. Apa-apa pun saya ucapkan berbanyak terima kasih dan izinkan saya letakkan resepinya di sini.

Bahan-bahan untuk inti:

1 biji nenas saiz besar diparut dan ditoskan airnya
2 sudu besar margerin
gula secukupnya
sedikit pewarna kuning

Cara-caranya:

1. Masak parutan nenas tadi bersama gula dan pewarna kuning. Rasakan manis yang dikehendaki.
2. Agak-agak hampir masak inti tadi tambahkan dengan margerin biar berkilat.
3. Kacau sebati, angkat setelah inti masak.

Inti hendaklah disejukkan terlebih dahulu sebelum di sapu pada bahulu.

Bahan-bahan untuk bahulu:

3 biji telur gred A
90 gram gula halus
100 gram tepung gandum}
1/2 sudu kecil serbuk penaik} diayak
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya:

1. Pukul telur dan gula hingga benar-benar kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
2. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan gaul sebati.
3. Lenserkan kertas minyak yang di alas atas dulang pembakar saiz empat segi dengan margerin.
4. Tuang adunan tadi dan bakar pada suhu 180C selama 12 minit pada api atas sahaja. Saya bakar pakai hentam saja sebab saya belum mahir mengendalikan ketuhar saya walaupun sudah banyak kali menggunakannya. Itu sebabnya bahulu saya nampak garing sangat. Hehe....
5. Setelah masak keluarkan bahulu dari acuan dan sapu jem nenas secara merata. Gulung dengan lembut.
6. Potong bahulu sebelum dihidang.



8 comments:

  1. mcm sedap ke kak.. boleh pos kat saya skit.. hehehe

    ReplyDelete
  2. salam kak anis,
    apa khabar, kak?
    cantiknya ke gulung tu. pandai kak anis buat. sama la cam suami saya...suka sgt ngan kerepek..kek atau beskut susah sgt makan. :)

    ReplyDelete
  3. Salam kak anis, mmg pandai dn rajin kak anis msk / buat kuih. Bahulu @ kek gulung tu mmg mjadi dn pstinya sedap (baca: kalau la blh rtasa seketoi kn best..huhu..).Cuma sy nk komen satu je, teknik pemotongan bahulu tu kna perbaiki lg.. Gunalah pisau yg tjm..hee..he..

    ReplyDelete
  4. Salam anis...
    Terer anis buat bahulu...tak pecah time gulung...akak masa nak buat trifle untuk befday anak hari tu buat bahulu...pecah sikit masa gulung...bahulunya alhamdulillah lembut tapi agaknya tambah akak nak cepat hari tu pecah gulungannya... tak cantik tak macam yang anis punya ni... k lepas ni nak try buat pakai resepi anis pulak ya... tqvm :)

    ReplyDelete
  5. salam bujang. bkn nmpk sedap tp mmg sedap pn. akk gurau aje. hehe... mcmana nak pos alamat pn takde. :)

    ReplyDelete
  6. salam indah. sihat, alhamdulillah. t.kasih. bahulu gulung ni tergaring sikit sbb akk tak pandai2 lg nak adjust kepanasan oven tu. hehe... sama sgt le tu, suami akk pn suka kerepek2 ni.:))

    ReplyDelete
  7. salam en daun. geli hati akk. pisau dah cukup tajam sbb baru asah. hehe... tp parutan nenas utk intinya tu yg tak halus, jd le mcm tu. akk baru belajar2 masak je en daun.:))

    ReplyDelete
  8. salam kakfzi. tak le pandai mana kak. percubaan pertama ni. bakar bahulu tu pn tergaring. hehe... mula2 rasa tak blh gulung dah. pecah juga kak di bhgn tepi.resepi ni pn sy ambil dr tenet kak. alhamdulillah rasanya sedap, anak2 n suami suka. sama2 kasih kak.:))

    ReplyDelete