Tuesday, March 9, 2010

ASAM PEDAS IKAN TONGKOL




Assalamualaikum dan selamat petang semua. Setiap minggu memang sentiasa ada menu asam pedas dalam diari masakan saya. Jika mengguna bahan mentah yang berlainan saya suka berkongsi gambar dengan teman-teman semua. Kalau berasa jemu dan kurang senang terlebih dahulu saya memohon maaf. Kali ini saya masak ikan tongkol@aya pula. Kalau tambahkan daun kesum, kacang bendi dan bunga kantan lagi sedap di samping berbau harum. Malangnya sewaktu ke pasar hari itu tiada lah pula. Mungkin cuaca panas menyebabkan tumbuhan ini cepat kering dan tidak membesar. Rasa-rasanya lah kot. Hehe...

No comments:

Post a Comment

Post a Comment