Wednesday, December 30, 2009

RUMAHKU MASUK PAPER DAN BERITA TV3


Kediaman saya yang di sebelah kiri dan terpasang lampu tu.


Assalamualaikum semua. Entri yang saya hendak buat hari ini saya tegaskan tiada berkaitan dengan sesiapa dan hanya untuk berkongsi dengan rakan blogger yang lain. Bukan juga untuk bergossip ya. Begini sekitar waktu Zohor Isnin lepas saya terdengar jiran sebelah baru pulang dari membeli-belah keperluan 4 anak-anak yang akan mula naik sekolah. Saya kenal rapat budak-budak ini dan yang paling kecil menjadi kesayangan saya dan anak-anak perempuan. Cute dan cerdik budaknya. Manakan tidak berdarah campuran Melayu-Cina di sebelah ummi dan Melayu- India di sebelah babah. Tiba-tiba saya terdengar ada lelaki meninggikan suara macam gedebe lagaknya dan pintu grill ditutup. Gementar juga saya dan anak-anak, hero yang ada pun baru hendak masuk 5 tahun. Saya memberanikan diri membuka pintu, hendak tengok juga siapa yang marah-marah ni. Rupanya 'tetamu' jiran sebelah. Oklah, saya tutup pintu. Tidak lama kemudian, 5-6 buah kereta termasuk kenderaan pacuan 4 roda berhenti dan parking di perkarangan kediaman kami. Saya hanya mengintip dari celah-celah tingkap. Sebenarnya saya tahu juga cerita jadi saya bimbang macamanalah kalau jiran saya ini dikeroyok oleh lebih kurang 20 orang 'tetamu'nya termasuk ayah mertua barunya. Saya telefon suami di opis dan memaklumkan keadaan kepada isteri pertama yang waktu itu berada di Kuala Lumpur. Azan Asar pun berkumandang, rumah kami dekat dengan masjid. Seusai solat Asar, jemaah masjid pun datang melihat keadaan.Makin ramai le orang, saya dan anak-anak memang tidak keluar-keluar. Tidak lama orang press dan TV3 pun datang. Anggota polis pun ada sama. Kecoh tapi masih terkawal sebab masing-masing rasional. Hampir Maghrib suami pulang dari kerja tetapi tidak dapat masuk perkarangan rumah sebab jalan dah kena block dengan kereta-kereta lain. Keadaan berlanjutan hinggalah menjelang Maghrib dan Isya'. Malam dalam pukul 10 lebih saya, anak-anak dan suami keluar hendak membuang sampah dan minum-minum di Kopitiam Kemamaan, pulang ada 4 kenderaan lagi yang diletak di sekitar kediaman saya. Hampir pukul 3 pagi baru saya dapat melelapkan mata. Suami kata buat khemah aje le senang (merujuk pada kaki-kaki yang mengawasi itulah). Malam tu suami ada juga bercakap di telefon dengan si suami dan saya pula dengan anak mereka yang sulung. Bukan apa saya bimbang dengan budak-budak 6 orang tu. Dah makan ke belum sebab terkurung dari Zohor. Bayangkanlah. Saya hendak pergi sebelah pun takut. Alhamdulillah semuanya ok, mama baru pun baik. Mereka berkawal sampai pagi. Subuh-subuh sudah tercegat press dan orang TV3. Susah juga kerja mereka mencari berita ni. Saya memang tidak keluar rumah kecuali ketika menghantar suami ke pintu pagar semasa beliau hendak kerja. Yang lain-lain bolehlah baca kat paper ya. Kosmo, Berita Harian, Utusan Malaysian, Harian Metro dan Sinar Harian pun ada cuma mungkin apa yang dilaporkan ada benar dan tidak benarnya.. Saya cukup kasihan dengan isteri pertama, beliau bukan calang-calang perempuan. Selain cantik, beliau juga berkelulusan ijazah perakaunan dari UK. Melihat anak-anak yang tidak berdosa... Mudah-mudah Allah SWT sentiasa memberi kekuatan dan ketabahan pada beliau. Buat si suami dan isteri barunya ( mereka menikah semula di sempadan jadi sah perkahwinan itu dan tinggal didaftarkan) mudah-mudahan berjumpa dengan kebahagiaan yang dicari. Siapalah saya hendak menilai dan menghukum... Perjalanan hidup saya pun mungkin masih jauh lagi... Nauzubillah...

7 comments:

  1. la...tak sangka rupanya jiran anis ya...ada gak tgk tv3 kejap pasal citer ni tp tak tau bijik butirnya sbb main tgk sambil lalu jer.

    ReplyDelete
  2. macam tu lah anis..nasib perempuan ni..
    kelulusan tinggi,berwajah cantik tak menjanjikan apa2.buat yang terbaik.. pasrah dan redha saja..

    ReplyDelete
  3. itulah kak zie. skrg ni kat umah sblh tinggal isteri dgn anak2 6 org je. si suami dah lari dgn isteri baru. tp pg tadi suaminya ada hantar orang servis elektrik dan bagi duit 2 ribu tetapi melalui org lainlah. kat mn dia berada rahsia. no hp pn asyik tukar2 je. si isteri kata dia tenang dan ok saje. tp dr raut wajah nmpk kusut. mkin perasaan sy saje.

    ReplyDelete
  4. sedihkan kak yon. takut pun ada. janganlah diduga dgn yg ini, tak mampu rasanya... yg sy geram tu kakyon si suami siap promosi lg nikah kat sempadan senang kat suami sy. dia kata daftar n denda kat m'sia pn rm1500 je. mmg betul kata akak.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. itulah bimbang juga aku, mudah2an tidaklah. aku rasa duit tu untuk budak2 naik sekolah le. anak2 dia yang sulung masuk ting 1, no 2 sek agama swasta, no 3 sek cina , no 4 nak masuk thn 1 sek cina gak. mesti byk pakai duit.

    ReplyDelete
  7. memang sedih nis,kesiankan anak-anak.Yang lelaki satu hal..yang heran si pempuan tu..tak terpikey ke..yang satu hari nanti dia pun kena buat macamtu jugak.taktau nak salahkan sape ek.dah takdir nya begitu.

    ReplyDelete